Ramai pengguna iPhone mengadu bateri smartphone Android cepat habis, kadang-kadang sehari sampai dua hingga tiga kali kena cas. Ini adalah kerana masalah sistem operasi Android itu sendiri yang tidak efisien dari segi penggunaan tenaga dan interaksi antara software-hardware pada system level.
Tips berikut merupakan cara yang berkesan untuk meng-optimumkan bateri pada smartphone Android supaya anda tidak perlu sangat bergantung kepada charger atau external batterysetiap masa.
Tips : Menjimatkan bateri smartphone Android
Perkara asas yang boleh dilakukan untuk memanjangkan bateri smartphone Android :
- tutup Wifi, 3G, Bluetooth bila tidak perlu
- mute/silent atau kurangkan volume pada phone
- menggunakan fungsi automatic brightness, lebih menjimatkan bateri berbanding menggunakan full brightness sepanjang masa
- sekiranya menggunakan internet WiFi, anda boleh tutup 3G begitu juga bila menggunakan 3G, tutup WiFi.
- mengelakkan penggunaan live wallpaper kerana walaupun cantik tetapi ianya sangat memakan bateri.
- elakkan meletakkan widgets yang terlampau banyak di homescreen kerana widget biasanya membazir bateri. Cukuplah sekadar widget jam dan cuaca sahaja.
- sekiranya menggunakan smartphone Android menggunakan skrin AMOLED (contoh : Samsung Galaxy S, SII, SIII, Note, Galaxy Nexus) anda digalakkan menggunakan wallpaper dan tema berwarna hitam/gelap kerana ia lebih menjimatkan bateri.
Battery Doctor untuk Android
Android juga mempunyai aplikasi Battery Doctor seperti mana
Battery Doctor iPhone. Anda boleh download secara percuma di Google Play Store.
Untuk menjimatkan bateri menggunakan Battery Doctor, anda boleh pilih pelbagai settings atau pilih mode : Extrem Mode, Clock Mode atau Custom Mode.
Custom ROM dan Kernel untuk Android
Smartphone popular Android seperti Galaxy S2, Galaxy Note, HTC One X, Galaxy Nexus, Galaxy S3 mempunyai ramai peminat dan komuniti pembangun yang besar. Power-user Android biasanya menggunakan custom Android ROM seperti CyanogenMod, AOSP-based ROM dan AOKP-based ROM kerana custom ROM jauh lebih ringan berbanding stock ROM (ROM atau firmware default Samsung, HTC dan sebagainya).
Selain custom rom, pembangun Android juga membuat custom kernel Android bagi menggantikan kernel asal pada stock rom. Custom kernel membolehkan optimasi yang lebih baik bagi bateri, processor, gpu dan hardware lain.
Bagi pengguna Samsung Galaxy S2 i9100, berikut cadangan rom dan kernel yang bagus untuk anda :
Pengguna smartphone Android yang lain, boleh jelajah
forum XDA Developers untuk mencari custom ROM dan custom kernel yang terbaik untuk smartphone anda.
Root, Overclock dan Underclock Android Phone
Bagi pengguna smartphone yang telah rooted atau telah flash kepada custom rom, anda boleh mencuba underclock processor untuk lebih menjimatkan bateri.
Katakan Galaxy S2 i9100; processor dual core 1.2GHz…menggunakan app di atas, anda boleh turunkan kelajuan processor kepada dual core 1.0GHz misalnya. Secara teori, lower clock speed lebih menjimatkan tenaga dan 1.0GHz sudah cukup untuk kegunaan harian.
Sebagai peringatan, root boleh menjejaskan warranti phone anda manakala underclock atau overclock processor boleh menyebabkan kerosakan kekal pada hardware phone. Jadi, jangan cuba kalau anda tidak yakin.
Pengguna Galaxy S2 GTi9100, jika anda pengguna Dorimanx kernel, boleh cuba settings berikut. Buka ExTweaks dan pilih profile extreme_battery dan processor akan diturunkan kepada 1.0GHz dual core. Sedikit perlahan tapi battery life akan jadi bertambah baik, percayalah!
Untuk lebih laju, pilih profile extreme_performance dan processor akan dinaikkan kepada 1.5GHz dual core. Sebagai balasan, anda akan menghadapi battery drain yang lebih cepat berbanding asal.
Selepas gunakan ExTweaks, pastikan anda reboot dulu phone untuk mengelak hang atau lag.
Kelebihan Android sebagai sistem operasi sumber terbuka adalah bebas mengubahsuai dan mengeksploitasi keupayaan hardware smartphone ke tahap yang jauh lebih baik berbanding setting yang telah ditetapkan oleh pengeluar.
Selamat mencuba!
